Friday, November 02, 2007

Siapa kenal Scomi?




Salam bisnes,

Laporan dalam NST ruangan Biz News hari ini melaporkan Scomi Engineering Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Scomi Group Bhd. telah menerima kontrak sebanyak RM122 juta untuk membaik pulih wayside electrical and mechanical systems ( E&M) yang dilengkapi pada sistem LRT (ada sesiapa yang faham tentang teknikal aspek sistem ini dalam bahasa yang lebih mudah?).

Kalau dilihat sebelum Pak Lah menjadi orang nombor satu negara, nama Scomi seolah-olah sesuatu yang asing dalam senario korporat negara. Kebetulan pula anak Pak Lah, Kamaludin mempunyai sebahagian besar saham syarikat tersebut.

Scomi betul-betul melangkah maju ke hadapan. Sekarang, dalam sektor minyak dan gas, Scomi merupakan antara syarikat bumiputra yang paling menonjol dalam arena ini. Satu kemajuan yang pesat jikalau hendak dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang lain.

Apakah hipotesis yang boleh dibuat dalam hal ini? Anda sendiri boleh nilai sejauh mana kuasa politik dan bisnes dalam negara kita.

Untuk maklumat lanjut tentang kemajuan Scomi dalam arena bisnes boleh rujuk disini.

0 comments: