Wednesday, November 14, 2007

PETRONAS: Wirawan rakyat Malaysia






Oleh Wan Ahmad Fayhsal

Negara yang bernama Malaysia ini, terbina dengan jerit perih pelbagai golongan masyarakat. Kita perlu bersyukur kerana para pemimpin kita yang terdahulu bertindak bijak dalam memajukan negara ini tanpa bergantung kepada mana-mana kuasa asing secara terang-terangan.


Almarhum Tun Abdul Razak merupakan sebuah negarawan yang lain daripada lain. Beliau merupakan seorang social engineer yang bijak kerana telah berjaya melairkan beberapa dasar negara yang cukup-cukup penting dalam memastikan Tanah Melayu pad a waktu itu dapat melepasi cengkaman penjajah seterusnya mencapai keamanan, dan kemakmuran (zaman beliau juga menyaksikan pergabungan antara PAS dan UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional).


Antara dasar yang amat terkenal buat rakyat negara ini ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang semakin hangat diperkatakan pada hari ini oleh ahli-ahli politik dan para sarjana dalam dan luar negara. Mungkin ramai yang tidak tahu, lahirnya Petroliam Nasional Berhad (Petronas) adalah kerana dasar ini.


Kita sedia maklum penjajahan ke atas negara-negara dunia ketiga seperti mana generasi lampau rasai dahulu bukanlah sekadar ingin meluaskan wilayah pengaruh. Dorongan falsafah materialis yang membuak-buak dari Barat telah memicu mereka datang ke Tanah Melayu dan merobek keluar segala macam khazanah dari perut bumi ini. Bijih timah, bijih besi dan rempah ratus adalah antara hasil yang cukup mahal didagangkan di Eropah. Begitu juga dengan minyak.





Emas Hitam yang membawa 1001 perubahan.


Penemuan minyak di perairan Laut Cina Selatan (termasuk di kawasan Sabah dan Sarawak sebelum Terengganu menjadi terkenal) telah membuat Shell dan beberapa lagi syarikat minyak Barat berkampung disana dan membolot semua hasil tersebut sewaktu zaman penjajahn British berlaku. Disebabkan orang Melayu pada waktu itu tidak mengerti nilai minyak maka kita terlepas pandang emas hitam tersebut tertimbus di perut bumi negara ini.


Mujur Tun Abdul Razak tidak bersekongkol mahupun hanya melepaskan batuk di tangga dalam menangani isu pemilikkan semula aset negara tersebut. Dengan menubuhkan Petronas ( melalui Petroleum Development Act 1974) selaku syarikat milik kerajaan dan rakyat sepenuhnya, Tun Abdul Razak mula sedikit demi sedikit menggali ilmu dalam industri minyak serta melahirkan dasar-dasar pemillikan semula minyak daripada syarikat asing. Nama seperti Ananda Krishnan ( sekarang Tan Sri) dan Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) merupakan antara pioneer kumpulan 'Oilman of Malaya' ini.


Petronas ditubuhkan pada mulanya adalah untuk melindungi kedaulatan negara dalam hak milik hasil minyak dan gas negara.


Sekarang, Petronas telah berjaya menempah nama di mata dunia termasuklah disenaraikan ke dalam Fortune 500's world biggest company untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Status Petronas sebagai cash cow utama negara sememangnya tidak dapat dinafikan kerana kerajaan mengaut cukai yang cukup banyak daripada anak emas ekonomi negara ini.



Petronas sebagai The White Knight of Africa.






Petronas tidak ubah seperti seorang abang yang membantu adik dalam erti kata lain bagi menggambarkan usahasama antara Petronas dan negara-negara Afrika.


Setelah dinobatkan sebagai The New Seven Sisters ( Seven Sisters yang dahulu merupakan nama jolokan yang diberi kepada beberapa syarikat minyak yang terbesar di dunia seperti Standard Oil of New Jersey, Royal Dutch Shell, Anglo Persian Oil Company, Standard Oil of New York, Standard Oil of California, Gulf Oil dan Texaco) oleh Financial Times tidak lama dahulu (turut yang dinobatkan ialah Saudi Aramco, Gazprom (Gazprom) , CNPC (China) , NIOC (Iran) , PDVSA (Venezuela) , Petrobras (Brazil) yang mana kesemua The New Seven Sisters ini merupakan state-owned oil company) reputasi Petronas bukan lagi berpijak di atas entiti syarikat malah bertindak sebagai duta negara dalam percaturan industri minyak dunia terutamanya di negara-negara yang sedang membangun.






'Muslim brotherhood' di Turkmenistan bukanlah sesuatu yang asing buat Petronas


Sudah menjadi lumrah kehidupan apabila hubungan yang dinamkan 'saudara' merupakan elemen terpenting bagi menaruh kepercayaan. Kelebihan Muslim brotherhood yang dimiliki oleh Petronas telah membuatkan beberapa buah negara Muslim di Afrika seperti Sudan dan Chad menaruh keyakinan yang penting kepada Petronas dalam membangunkan industri minyak mereka.




Penjajahan hasil bumi di Niger Delta, Nigeria oleh Shell tidak menguntungkan rakyat tempatan. Malah sebaliknya yang berlaku seperti kemiskinan dan krisis sosial.



Tidak seperti syarikat-syarikat minyak gergasi Barat yang datang bagaikan penyanggak, Petronas tidak menghadapi sebarang sentimen neo-colonialism ataupun 'penjajahan bentuk baru' dalam usaha melebarkan sayapnya di persada antarabangsa. Ini kerana Petronas bukan retorik seperti syarikat minyak lanun yang lain dalam menterjemahkan tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibitlity) di tempat Petronas melabur terutamanya di negara-negara Muslim yang mundur (kes terpencil: isu Myanmar masih tidak ada jawapan rasmi daripada Petronas sama ada untuk boikot pemerintahan junta atau tidak).



Cekap, Bersih dan Amanah.



Pernahkah kita dengar sebarang skandal dalam Petronas yang menjadi spill over story dalam berita-berita ekonomi nasional? Sepanjang penulis hidup, rasanya tidak pernah lagi. Kekaguman penulis terhadap pucuk pimpinan Petronas seperti Tan Sri Hassan Merican dan Allahyarham Tan Sri Azizan sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Dibawah mereka, Petronas telah berkembang maju dan menjadi inspirasi buat negara-negara membangun untuk mengikut serta dalam misi meng'islah'kan ekonomi masing-masing.


Sumbangan Petronas kepada Malaysia bukanlah kecil. Ketika zaman Tun Mahathir, projek-projek gergasi seperti Putrajaya dan KLCC dinukilkan daripada hasil titik peluh warga Petronas yang tidak pernah kenal erti putus asa.


Betullah seperti apa yang diucapkan oleh Datuk Anuar Ahmad, Timbalan Presiden Oil Business Petronas dalam sambutan ulang tahun yang ke -30 Petronas Dagangan yang diadakan beberapa bulan lepas dimana penulis sempat hadir bersama ibu ke majlis tersebut di Bandar Sunway. Ucapan pertama yang dilahirkan oleh beliau ialah "terima kasih" kepada semua ahli keluarga Petronas Dagangan. Beliau sedar bahawa betapa signifikannya hasil usaha dan keberkatan yang dituai bersama oleh para pekerja Petronas yang membanting minda sehari-harian dalam memajukan syarikat.


Etika kerja dan brand essence yang dipupuk oleh Petronas kepada ahli-ahlinya menjadi contoh buat syarikat-syarikat tempatan yang lain. Bukan mudah untuk menceburi industri minyak yang penuh dengan risiko ini. Masakan mana Petronas mampu tergolong di antara yang terbaik jikalau budaya kerja dari pucuk pimpinan hinggalah ke kontraktor yang diambil Petronas tidak di pupuk dengan baik.



Tekanan dan Cabaran masa kini.



Subsidi untuk melegakan anak tekak warga miskin bukan untuk mengenyangkan perut tauke dan jutawan negara.


Penulis percaya, Tan Sri Hassan akan berasa sedikit lega dengan khabar yang disampaikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila PM kita mengumumkan pengurangan subsidi disel yang Petronas terpaksa tanggung. Isu ini sudah lama disuarakan oleh Pengurusi Petronas, bahawa nikmat subsidi ini hanyalah untuk rakyat miskin dan berpendapatan rendah.


Seperti contoh, subsidi sepatutnya menjadi 'zakat khas' kepada nelayan kecil seperti Pak Salleh yang menongkah arus di laut dalam mencari nafkah tetapi sejak sekian lama, subsidi ini hanya masuk ke dalam tong minyak orang-orang yang mempunyai political connection ataupun ke dalam poket tauke-tauke syarikat penangkapan ikan yang menggunakan bot-bot besar berpukat tunda.


Tidak adil bukan? Pemilik bas sekolah mungkin dapat dikurangkan kos pembelian disel sebanyak beberapa ringgit kerana diberi subsidi, tetapi apakah gerangannya apabila tauke-tauke bas yang memiliki beratus-ratus bas yang menikmati layanan yang sama sedangkan mereka sudah pasti mampu menanggung kesemua itu dengan lebih baik berbanding pengguna kecil seperti pemandu lori dan bas persendirian. Isu inilah yang Tan Sri Hassan saban kali tidak henti-henti suarakan kerana penulis percaya beliau dapat menilai kesan jangka panjang kepada ketidak adilan tersebut.


Petronas tidak perlu dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana tanggung jawab utama Petronas adalah kepada shareholder-nya dan tidak lain tidak bukan, shareholder paling besar buat Petronas ialah rakyat Malaysia seperti mana yang boleh kita pelajari dalam kitab-kitab fikah berkenaan bab pemilikkan hasil sumber bumi seperti minyak.


Penulis sangat -sangat berharap Yang Amat Berhotmat Perdana Menteri yang kita kasihi dapat segera mencatas segala masalah yang melibatkan subsidi minyak dan gas negara kepada golongan yang betul-betul berhak. Rakyat sudah lali dengan pelbagai penyeludupan kes disel yang berharga jutaan ringgit saban tahun ini.


Penggunaan nanotag bukanlah noktah dalam menangani isu ini. Apa yang lebih penting adalah political will yang jitu daripada kerajaan untuk menghapuskan penyelewengan subsidi oleh golongan yang berada dan berkepentingan dalam memiliki imbuhan rakyat ini.





Harga pasaran minyak dunia turut bergantung kepada pengaruh geopolitik seperti perang di Iraq.


Sedar atau tidak, harga setong minyak sudah mencecah paras 93 US dollar.Isu harga minyak bukanlah perlu ditunding semahu-mahunya kepada Petronas sahaja. Sudah menjadi lumrah sistem ekonomi tenaga(energy economy) apabila harga komoditi seperti minyak dan gas adalah berpaksikan supply dan demand dimana bukan mudah untuk mana-mana kerajaan ataupun badan (hatta OPEC sekalipun) untuk mencatur milik harga yang sesuai untuk pasaran dunia. Maka adalah tidak berapa relevan untuk mana-mana pihak menyalahkan Petronas sepenuhnya. Jikalau ada kepincangan dalam perkara ini, pihak yang berwajib merupakan lebih relevan dituju kepada kerajaan sendiri untuk merancang serta membelanjakan wang hasil untung minyak Petronas kepada rakyat dengan lebih baik.



Projek Mega ini dibuat menggunakan duit minyak Petronas hasil visi Tun Mahathir dalam melonjakkan nama Malaysia ke persada dunia.



Jikalau dulu dibawah Bapa Pemodendan Negara( Tun Mahathir) duit itu dihabiskan untuk projek-projek mega maka penulis mencadangkan kepada Perdana Menteri masa kini untuk bersikap lebih berhati-hati dalam berbelanja terutamanya dalam kesibukkan beliau melibatkan Petronas secara tidak langsung dalam koridor ECER di pantai timur semenanjung Malaysia. Keutaaman duit tersebut diharap dapat dikitar untuk kegunaan rakyat secara optimum dalam mengurangkan beban ekonomi rakyat seperti pemerkasaan sistem pengangkutan awam dengan lebih serius.



Kerajaan boleh juga mengambil idea daripada sistem sosialis yang pro-rakyat seperti yang diamalkan oleh Cuba( sistem kesihatan yang murah tetapi cukup mantap dan efisen) dan Perancis ( perkhidmatan percuma daycare center buat ibu bapa yang bekerja) yang semuanya ditanggung menggunakan duit dari coffer kerajaan sendiri dalam menjaga kebajikan rakyat dengan lebih efisen. Dengan ini polemik dan sentimen yang tidak enak antara kerajaan, Petronas dan rakyat dapat dikurangkan.



Petronas sudah melakukan yang terbaik buat negara, baik dalam pemulangan keuntungan yang bernilai berbilion-bilion ringgit mahupun dalam menunaikan tanggung jawab sosial dengan mendirikan universiti yang megah berdiri di tengah-tengah hutan Tronoh. Jangan kerana kealpaan dan kepentingan diri kita sanggup memperkudakan wira rakyat ini untuk kepentingan diri dan politik kita.


Hidup Petronas untuk bangsa, agama dan negara!



Penulis merupakan seorang siswa yang sedang sangat berharap untuk diterima masuk ke Corporate Planning and Development Division (CPDD) di Petronas KLCC sempena latihan industri awal Jun 2008. Beliau juga sedang mengintai peluang bagi mana-mana pihak yang sudi membiayai perbelanjaan pasca-ijazah (post graduate) beliau dalam bidang yang beliau minati seperti Petroleum Economics, Sustainable Development atau pun Energy Studies. Beliau boleh dihubungi melalui laman aktivis www.jiwamuda.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

..and I thought that currently many Petronas staffs working at "site" are looking to the middle east for job with competitive & good salary.

Here I can see one guy wanting to join Petronas with huge excitement.

One piece of advice:
"Loyalty to Petronas won't give you good salary".

Well at least not at the moment.

Good Luck to you..

Hassan Ramadan said...

Haha. It depends mate. If your life is driven by money, Qatar maybe the best one for you.

If yout life is driven by helping your country or trying to be sort of hero maybe Petronas could give you that.

the rest of oil companies are tool of destructions of our environment

Anonymous said...

well said hassan,

But you'll be surprised most peoples are driven by money. That includes Petronas staffs as well.

"the rest of oil companies are tool of destructions of our environment"..Heh..not really. Fyi..I'm the holding the so called "environment" post by the way.

Cheers.

Hassan Ramadan said...

Nice to know you.

Actually, I'm sort of anti-corporate guy as my involvement with Sahabat Alam Malaysia, a NGO in Penang have enlightened me up about ecology.

But, I have great respect for Petronas (my mum and dad are also Petronas staffs) due to its cause. Profit is part of the operation but obligaiton to the country is something you cannot get by joining Schlumberger, Shell or BP.

Those companies have been scrutinised a lot by fellow environmentalist due to their bad treatment of indigeneous people and their land. Just look at Niger Delta, Antartica.

Crazy Westerners Capitalists.