Sebelum ini penulis amat bersikap optimistik dalam projek Angkasawan Malaysia 2007 kerana penulis berpendapat projek ini merupakan milik semua rakyat Malaysia dan semua harus berbangga dengan kejayaan ini.
Tetapi segala-galanya berubah apabila penulis membaca petikan akhbar NST hari ini ( 6 November 2007) di halaman akhbar terbabit. Ternyata pertimbangan yang penulis buat sebelum ini hancur berderai. Angkawasan kita sudah 'diculik' oleh orang Politik.
Tidak menjadi satu masalah apabila UMNO mengajak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz untuk bertandang ke persidangan UMNO pada minggu ini untuk berkongsi pengalaman dan menaikkan semangat juang orang Melayu tetapi biarlah semua itu disaduri dengan penuh hormat dan tanggungjawab kepada semua warga Malaysia.
Lebih dikesali apabila Pak Lah, selaku Presiden dan Perdana Menteri yang tercinta mengungkap kata-kata ini setelah menerima bendera Malaysia yang dibawa Dr Sheikh Muszaphar ke ISS:
" This flag will become UMNO's property. It will be flown only twice a year, then kept safely until it is raised again"
" Bendera ini akan menjadi hak milik UMNO. Ia akan dikibarkan 2 tahun sekali kemudian akan disimpan semula sebelum dikibarkan kembali ( pada masa akan datang)"
Katanya lagi:
"Whenever this flag flies at Umno headquarters from the top of Menara Dato Onn, it will be a reminder to Malays that if they equip themselves with knowledge, they will reach the heights of excellence,"
Adakah maksud Pak Lah disini Angkasawan itu milik UMNO? Sekali baca, itulah yang tergambar pada benak hati penulis. Sesungguhnya kenyataan Pak Lah merupakan satu kenyataan yang sensitif (walaupun beliau tidak berkata secara terang Angkasawan milik UMNO) kerana kejayaan Dr Sheikh merupakan kejayaan milik semua tidak kiralah PAS, DAP, Keadilan dan termasuklah bangsa dan agama apa pun.
Bukankah Pak Lah sendiri memukul gendang perpaduan saban hari untuk kita sama-sama bersatu dan beliau hampir berjaya dengan projek Angkasawan tempoh hari dimana hampir semua rakyat Malaysia bersikap optimis dengan mengenepikan sentimen perkauman dan kepartian untuk merayakan kejayaan ini (walaupun terdapat suara-suara rimas dari pembangkang dengan isu space flight participant, dan kos yang menggunung) tetapi semua itu hilang dari kaca mata rakyat Malaysia apabila melihat Dr Sheikh terapung didalam ISS bersama angkasawan yang lain.
This is what I called being hijacked in space. Iniliah kelemahan UMNO ataupun boleh dikira juga sebagai kelemahan bangsa Melayu yang berkuasa. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapat political leverage dalam perkara yang tidak berbau politik seperti projek Angkasawan ini.
Pernahkah kita dengar Demokrat dan Republikan di Amerika bergaduh untuk mendabik dada masing-masing "Ini projek aku, maka Akulah hebat!"? Tidak. Kejayaan sesuatu parti di kebanyakkan negara-negara membangun di sambut baik oleh pihak pembangkang tanpa ada unsur prejudis kerana mereka sedar tidak ada gunanya kita memperbodohkan rakyat dengan "mengangkat bakul sendiri".
Sedikit luahan rasa kepada Pak Lah dan peringatan untuk pemimpin-pemimpin UMNO yang baru dan lama; selamat bersidang moga-moga persidangan kali ini disertai dengan niat yang penuh insaf untuk meningkatkan orang Melayu kembali bukan sibuk melobi diri untuk menjadi pemimpin.
Yang ikhlas menegur,
Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal,
Anak Jati Melayu Kuala Lumpur.



2 comments:
betol tu..
sedar atau tidak isu ni boleh membangkitkan isu perkauman..
so, berhati-hati lah dalam berkata-kata..
am i ryte bro?
u r rite bro!
Post a Comment