Sunday, October 07, 2007

Rahsia Kemenangan


Keajaiban atau satu kebetulan?

Kemenangan Les Bleus di Millenium Stadium, Cardiff semalam ke atas All Blacks merupakan satu bahan kajian yang menarik untuk kita sama-sama analisa bagi mencari jawapan bagi persoalan di atas.

Ternyata, jawapan yang sempat penulis fikirkan tidak dapat memasuki mana-mana ruang jawapan yang ditanya di atas.

Bukan satu keajaiban, bukan juga satu kebetulan tetapi memang layak Perancis membenam New Zealand keluar daripada Piala Dunia Ragbi 2007.

Kehadiran All Blacks ke pentas dunia pada tahun ini menggerunkan semua pihak. Mereka seolah-olah invincible (taklut) kepada sebarang cabaran di atas padang ragbi. Semua pihak akui bahawan calon johan Piala Dunia Rabgi 2007 adalah All Blacks.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya sejak edisi pertama Piala Dunia Ragbi 1987, All Blacks merupakan pasukan pilihan tetapi mereka hanya mampu memenangi piala Web Ellis ini pada edisi pertama sahaja. Adakah ini badi kepada pasukan yang lebih terkenal daripada Perdana Menteri New Zealand sendiri ataupun ada faktor lain yang membawa kepada kejutan ini?


Rahsia kemenangan Perancis


Kalah di tangan Argentina pada perlawanan kumpulan pertama 3 minggu lepas sudah cukup membuatkan mereka menjadi pilihan yang suam-suam untuk ke peringkat separuh akhir.

Kebiasaannya, apabila maruah sesebuah pasukan tercalar teruk, mereka akan bangkit menjadi seperti seekor burung Phoenix. Kebangkitan itulah yang menjadikan Perancis lebih dari seekor ayam jantan Perancis tetapi lebih kepada Phoenix yang bangkit dari api maruah yang terbakar.

Antara kelebihan Perancis ke atas All Blacks adalah:


Teamwork (Semangat Kepasukanan)


Ragbi dan mana-mana sukan berpasukan yang lain bertindak secara jemaah. Tidak ada kambing biri-biri dan tidak ada serigala yang liar dalam sesuatu pasukan yang berhak bergelar championship contender (calon johan).



Kalau dilihat dalam statisik perlawanan, Perancis melakukan sebanyak 200 tackles (bentesan) berbanding All Blacks yang hanya melakukan sebanyak 70 untuk menyekat lawan masing-masing.





Hampir kesemua bentesan yang dibuat Perancis dilakukan oleh sekurang-kurangnya 2 orang dalam satu masa ke atas seorang pemain All Blacks. Kesinambungan dan kerbesamaan (ukhwah sukan dalam bahasa pendakwah) sangat intim bak isi dan kuku.




Natijahnya, All Blacks tidak dapat memperolehi madu daripada setiap serangan walaupun mereka lakukan dengan begitu baik sekali.





Believe (Keyakinan)




Anda bagaikan seekor kancil yang sedang berhadapan dengan badak sumbu yang sedang memecut 11 m/s.

Apakah anda akan lari daripada badak itu ataupun pertaruhkan nasib, jiwa dan raga anda berhadapan dengan seteru anda tersebut?

Vincent Clerc kalau hendak dibandingkan dengan Si Badang Jerry Collins yang mempunyai ukur lilit lengan paling tebal dikalangan pemain ragbi hanyalah seperti pemain ragbi sekolah menengah.


Tetapi Vincent mempunyai lebih dari fizikal ciliknya. Dia mempunyai hati yang besar untuk menampung hentakan momentum Jerry Collins yang boleh disamakan dengan momentum sebuah kereta Toyota Vios yang sedang memecut laju kehadapan.



Dalam merebut bola yang 50-50 dengan Sivivatu, Vincent sekali lagi menaruhkan kepercayaan yang penuh ke atas dirinya yang kecil untuk mendapatkan bola yang tinggi melambung di udara disamping terpaksa menahan diri daripada di bentes keras oleh Sivivatu.




Begitu juga dengan Dusatoit yang memberi try pertama untuk Perancis. Perkiraan fizik haruslah dilakukan dengan baik untuk mengelakkan sebarang lantunan daya akibat pertembungan yang tidak seimbang. Walaupun mungkin dia tidak mempelajari hukum fizik seperti kita, Dusatoit berjaya mencari sudut yang paling sukar untuk pemain All Blacks melakukan bentesan disamping memperalatkan centripetal force (daya sudut sisi) untuk melakukan larian yang stabil walaupun senget ke tepi.





Kepercayaan kepada diri dan pasukan memberi kelebihan yang besar ke atas Perancis.


Never Give Up attitude (semangat tidak mahu mengaku kalah
)




Damien Traille tahu dia akan di bentes dengan keras kerana tidak mampu pertahankan diri sewaktu menyepak bola ke luar padang. Apakah pilihan yang ada melainkan untuk tidak mudah menyerah kalah ke atas perasaan takut untuk menerima bentesan tersebut?




Walaupun dikasari sebegitu, dia masih mampu bermain hingga ke saat akhir.



Setiap tackles (bentesan) yang diberi Perancis disulami dengan semangat ini. Masakan tidak setiap pergerakan All Blacks tumpul di setiap sudut padang.


Focus (Fokus)


Gerakan penyudah Perancis merupakan hasil titik tolak fokus yang tinggi daripada larian backlines. Hampir 2 jam bertempur telah membakar beribu-ribu kalori setiap pemain Perancis tetapi larian yang deras daripada Traille yang disambut secara berantai oleh Michalak dan disempurnakan oleh Jauzion memerlukan fokus yang sangat tinggi.

Kaki mereka sudah letih tetapi kelebihan kekuatan mental membolehkan mereka besama-sama fokus untuk menyempurnakan gerakan yang diatur untuk mendapatkan try kedua Perancis.


Respect Your Opponent (Hormati lawan anda)




Angkuh dan terlampau yakin telah lama menjadi hallmark buat All Blacks. Tengok sajalah gaya mereka melakukan Haka dihadapan Les Blues sebelum mula perlawanan. Disini penulis ingin berkongsi hujah kenapa perlu kita hormati lawan yang ditulis oleh seorang pemerhati ragbi dari Eropah:

One of the best strategically-planned games I have ever seen. It finally demonstrates that rugby has grown into being brain-and-heart. Talent is important, but not enough. Can you have too much talent? Yes you can: look at the All Blacks. Can you have too much arrogance? Yes you can: look at the All Blacks. The result of the combination is trying to show the World how to play rugby. The result of the patronising stance is loosing in big games.



On a remarkable night in the Millennium Stadium, France again showed that it’s not about what colour shirt you wear, or how many fans you have, or even how you’ve been the world’s best side for the last few years and therefore have a right to win the World Cup because you haven’t won one since 1987.



It’s about belief and passion and spirit. Yes, you need muscles and you need flyers, but all teams have those to some extent. It’s the extra, unquantifiable bit that makes all the difference.



Johan SBP 10's 2003. Antara piala yang dibolot oleh pasukan ragbi SMSS batch 2000/2004.s
Peristiwa perlawanan semalam telah mengimbau pengalaman masa lampau penulis bersama rakan-rakan seperjuangan. Kami kalah sewaktu MSSKL kepada Sekolah Alam Shah yang merupakan musuh tradisi kami. Semua itu meniupkan api perjuangan yang membara dan telah memacu perjalanan pasukan kami begitu jauh.

Kami menang kesemua pertandinga ragbi yang kami sertai pada tahun 2003 termasuklah kemenangan ke atas SSBJ pada pertandingan KYMS 10's untuk peringkat sekolah.



Bersama mengharumkan nama UTP: Penulis(kiri) bersama rakan sepasukan UTP.


Pada tahun lepas juga setelah menyarungi jersi UTP selama 2 tahun, kemenangan yang dicapai dengan meraih tempat ke-2 dalam Liga Premier Perak (kami kalah kepada Rejimen Askar Wataniah Ipoh) merupakan natijah daripada mantapnya kekuatan mental pasukan kami. Budak universiti menentang tentera dan orang dewasa. Sudah tentu kami kalah dari segi fizikal tetapi belum tentu mental.


Moga-moga, daripada setiap perlawanan sukan yang kita lihat dapat kita ambil iktibar daripada setiap isi yang tersirat yang boleh kita kupaskan bersama.

Au Revoir All Blacks!



0 comments: