Sunday, October 21, 2007

Angkasawan: Ada Hikmah di sebalik kejadian



Kita patut berasa bangga dengan anak jati kita ini.


Angkasawan. Satu lagi sejarah telah dilakar oleh rakyat kita. Perdebatan dan pujian melanda segenap masyarakat oleh kerana perkara yang tidak pernah negara kerdil seperti kita mampu melakukan dalam masa tempoh terdekat sebegini.


Memang ada baik dan buruknya akan projek angkasawan ini tetapi, sebagai orang pertama yang diberi peluang untuk menyertai program angkasa antarabangsa, kita patut meraikan dengan hati terbuka.



Malangnya dikalangan golongan kiri, pemikiran yang jumud terhadap pencapaian yang dibawa kerajaan telah menutup sebelah mata mereka akan perlunya menyimpan harapan dan cita-cita. Jikalau anda ingin mengubah sesuatu keadaan, apakah anda hanya beteriak slogan dan berusrah sahaja?


Sudah tentu tidak. The first step means everything for anything.


Penulis harap, golongan yang ultra-skeptik akan program ini perlu sunting balik cara anda berfikir tentang angkasawan ini. Tidak perlulah melabel semua kerajaan lakukan itu satu propaganda dan merugikan. Itu hanyalah sentimen semata-mata.


Beginilah, kita perlu berysukur kerana dengan izin Allah S.W.T, kerjasama dapat diwujudkan setelah pembelian pesawat Sukhoi daripada Rusia. Kita tolak tepi sebentar (bukan selama-lamanya) isu rasuah ataupun mark up harga dalam pembelian ini (jika ada, wallahualam).


Yang penting, untuk superpower seperti Rusia untuk mengizinkan rakyat Malaysia bersama mereka dalam projek ini merupakan satu bargain yang cukup baik walaupun tidak semua pakcik dan makcik dapat ikuti program ini. Ini sudah memadai untuk kita lakar langkah seterusnya.


Demam angkawasan sudah meresap masuk ke dalam jiwa kanak-kanak Malaysia dan dengan harapan dari penulis agar momentum ini dapat diteruskan lagi bagi mengatasi golongan artis yang tak lepas SPM sebagai idola anak-anak kecil kita.





Fantasi yang diterjemahkan kepada realiti apabila digandingkan dengan ilmu. Orang Melayu kita ada Pontianak, Remp-it dan Gubra. Tak hairan kita macam apa kita sekarang.


Tidak hairanlah, pada tahun 1977 George Lucas menghasilkan filem Star Wars yang pecah panggung ketika itu. Itu semua hasil dari kesan imiginasi dari ‘the first man on the moon’
dan Star Wars hingga ke hari ini telah berjaya melahirkan ramai 'techno freak' dan manusia futuristik dari segi pemikirannya berbanding negara-negara lain yang lebih suka berseronok dengan hiburan kelas rendah yang tidak ada zat langsung.


TETAPI, untuk projek mendatang, kita harus lebih kritikal dan realistik. Kita harus sedar projek angkasa ini bukan projek bercuti mahupun projek seperti eksperimen di makmal. Pelaburan yang besar oleh negara-negara besar seperti Rusia dan Amerika tentunya selari dengan agenda Nasional yang besar oleh kedua-dua negara. Disini, kita boleh tafsir bahawa bukan mudah untuk negar dunia ke-tiga seperti kita untuk tumpang sekaki dengan mereka.


Sebelum kita ke angkasa, kerajaan perlu lebih realisitk dalam menyelesaikan masalah dibumi dahulu. Masih ramai yang merempat, gejala sosial mat rempit yang makin lama makin jijik dilihat masyarakat. Duit yang berbilion untuk dilabur itu, perlulah diberi kepada yang lebih memerlukan.


Walau apapun, a fresh debate is welcomed about this issue.

Satu coretan menarik dari Chairman PTS Publication, Puan Ainon Mohd akan isu ini. Mari kita sama-sama telaah bagi melahirkan lebih ramai insan yang kritikal dalam masyarakat.


Kita belum mempunyai hasil kajian psikologi yang dijalankan secara saintifik tentang tokoh-tokoh yang bagaimana yang besar pengaruhnya ke atas cita-cita dan angan-angan anak-anak Malaysia.


Apakah Dr. Sh. Muszaphar mempunyai pengaruh ke atas cita-cita anak-anak bangsa Cina dan India? Kita tidak mempunyai data mengenainya.


Yang dapat kita perhatikan secara rawak adalah: Bintang bola dan artis pop mempunyai pengaruh ke atas psikologi anak-anak remaja Melayu.


Jadi, pada saat ini sukar hendak diramalkan kesan-kesan positif ke atas psikologi anak-anak Malaysia hasil daripada gembar-gembur projek angkasawan itu.


Apakah projek itu bakal menjadikan anak-anak Malaysia mahu menjadi angkasawan?


Jika benar Dr. Sh. Muszaphar mempunyai kesan ke atas otak anak bangsa, barangkali ujian mudah adalah bertanyakan soalan "Siapa nama angkasawan Malaysia?" Daripada jawapan mereka nanti, kita dapat lihat peratusan yang menjawab pertanyaan itu dengan betul.


Sekarang ini anak-anak Malaysia dipaksa diajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Berapa orang budak kampung dan kawasan pedalaman Sabah-Sarawak yang faham membaca buku teks sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?


Belajar matematik dan fizik dalam Bahasa Melayu pun budak-budak kampung terkial-kial, apatah lagi dalam bahasa Inggeris.


Sewajibnya duit untuk membiayai projek angkasa itu digunakan bagi membiayai pengajian puluhan ribu budak-budak Melayu di peringkat universiti supaya mereka menjadi pakar sains dan teknologi.


Tahukah saudara, duit yang dibelanjakan bagi membina KLCC itu cukup bagi memberi biasiswa penuh kepada SEMUA pelajar Melayu yang layak masuk universiti selama 50 tahun?


Tahukah saudara statistik menunjukkan bahawa jurang jumlah golongan profesional Melayu dan bukan Melayu, dalam semua bidang, sedang semakin melebar setiap tahun?


Pepatah Tamil mengatakan "Satu batang pokok getah tidak menjadi satu estet." Satu orang angkawasan tidak menjadikan bangsa Melayu suatu bangsa yang menguasai sains dan teknologi.


Jangan kita keliru antara simbol dan benda yang sebenar. Kita memerlukan simbol apabila kita tidak memiliki bendanya yang sebenar. Orang yang tidak mempunyai banyak duit amat mementingkan simbol-simbol orang berduit, sampai-sampai sanggup membeli simbol-simbol palsu bagi wang yang tidak dimilikinya.

0 comments: