Salam kontroversi,
Dimana patut kita bermula?
Nampaknya, akhir-akhir ini bilangan pengunjung ke blog yang daif ini semakin bertambah. Kerana apa ya? Adakah kerana satu karya sastera penulis yang agak 'kontroversi' telah dibaca ramai?
Betulkah?
Penulis berasa hairan yang teramat. Adakah karya penulis ini telah menyinggung sekalian makhluk yang mendiami kawasan permai Tronoh ini? Ataupun penulis telah berjaya 'menggeletek' beberapa individu untuk turut sama berinteraksi dalam isu yang cuba penulis ketengahkan?
Tidak hairan. Tidak pelik. Semua yang ditulis itu sudah tentu mempunyai niat tersendiri. Bukanlah omongan kosong malah salah satu cara ekspresi diri terhadap apa yang dikutip sepanjang hidup yang tidak seberapa ini.
Orang Melayu memang terkenal dengan budi bicara dan bahasa yang indah. Tidak ada kaum dalam dunia ini yang mempunyai khazanah bahasa yang tinggi sehingga mampu menyelinap masuk dalam kehidupan seharian masyarakatnya selain daripada bahasa Al-Quran. Pantun, sajak, gurindam, cerpen, cerpan dan novel telah menjadi satu medium yang cukup berkesan dalam mendidik masyarakat.
Peribahasa yang lahir dari tok nenek kita dahulu telah menghiasi kehidupan rakyat jelata dari peringkat orang gaji, pegawai istana hinggalah kepada kerabat diraja. Baris seperti 'Yang Adil Disembah, Yang Zalim Disanggah' merupakan antara salah satu daripada berjuta mutiara kata yang diguna pakai sebagai muhasabah harian dari orang bawahan hinggalah ke tahap Duli Yang Maha Mulia.
Ada kalanya, manis sungguh mutiara ilmu tersebut dan sangat sedap dijamah oleh halwa telinga kita. Ada kalanya, mutiara itu boleh bertukar menjadi arang batu yang panas apabila melihat saja sudah tentu mahu menjauhkan diri dari bahang dan bau yang busuk itu.
Itulah Bahasa Melayu yang baru sahaja ditukar nama kepada Bahasa Malaysia. Makalah yang ditulis dalam blog ini cuba mengembalikan khazanah yang semakin menghilang ditelan arus kemodenan.
"You know, English is the key for your survival in this modern world. Why should you care much about Bahasa. It is so kampung!"
Mungkin itulah perkara yang ditutur oleh muda-mudi zaman milenia ini. Mereka selalu saja bersepah di sekitar Golden Triangle Kuala Lumpur. Jati diri mereka sudah puput. Entah hilang ke mana. Mungkin penulis bersikap stereotyping, tapi realitinya sebahagian besar sudah begitu. Anda biasa dengar ikon remaja seperti Syarifah Amani? Bogel, botak lagi bebal.
Penulis bersimpati terhadap nasib bangsa sendiri. Semakin hari semakin kusut. Mula-mula, harta kekayaan dikaut penjajah, alih-alih yang tinggal hanyalah manusia itu sendiri. Lagi menyedihkan, keturunan yang meneruskan kemandirian spesis Melayu ini sudah hilang pertimbangan kewarasan dalam menilai erti sebenar yang cuba disampaikan.
Itulah bahana apabila Islam dipisahkan dari kehidupan. Bukankah dibogel terus semua rumpun budaya itu? Salahkan bahasa yang digunakan? Jijikkah? Bukankah dulu ramai telah belajar KOMSAS di sekolah. Baca jijik, tengok tak jijik. Pelik-pelik.
Penulis tidak berhajat untuk bermadah lagi. Jujur. Karya Otak-otak cerdik di Hutan Tronoh adalah karya sastera. Tidak berniat untuk menyinggung mana-mana individu tetapi memang sengaja dicoret sebagai bahan provokasi intelektual kepada para pembaca 'budiman' sekalian. Malangnya, provokasi positif yang cuba penulis tampilkan telah disalah erti oleh 'segelintir' pembaca yang 'budiman'.
Hairan bin Pelik. Tidak dijangkakan lansung reaksi 'matang' sebegini yang diluahkan oleh segelintir pembaca 'budiman' sekalian. Adakah penulis dengan sengaja menyakitkan hati para pembaca? Ataupun para pembaca sekalian tidak mampu menerima realiti yang kita alami?
Anggaplah semua ini satu muhasabah bersama. Tidak perlulah penulis berlaku seperti kanak-kanak 2 tahun untuk bercakar ayam bersama para pembaca untuk menegakkan benang yang basah lenjun. Suka atau tidak, idea yang penulis utarakan merupakan realiti yang kita alami.
Penulis tidak menyimpan sebarang dendam terhadap pandangan yang dilontarkan oleh pembaca berkenaan makalah tersebut. Tapi hati-hati. Kata-kata yang ditafsirkan oleh emosi negatif boleh membawa kepada fitnah dan kegelinciran iman.
Benda yang haq tetap haq. Benda yang batil tetap batil. Jikalau hendak tukarkannya, tulislah Kitab Suci yang baru dan jajalah di mana-mana kalian suka.
Perlukah kita berdebat? Untuk apa? Jikalau ingin mengesahkan kebenaran yang cuba disampaikan oleh penulis sudah jelas dan terang. Jikalau ingin mencari penyelesaian dan menimbulkan kesedaran, itulah yang lebih baik untuk didebatkan. Dialu-alukan untuk bertemu penulis.
Omong kosong? Tidak-tidak. Semua yang ditulis itu adalah berdasarkan pengamatan dan butiran ilmu yang sempat dikaut selama ini.
Tidak lama lagi, makalah tersebut akan dipanjang lebarkan kontroversinya oleh kerana Tronoh Theater Shop telah 'membeli' hak cipta karya penulis untuk dipentaskan tidak lama lagi. Mana mungkin penggiat seni seperti Dr.Shaq ingin mementaskan karya 'sampah'. Tidak tahu dimana cantiknya karya tersebut tetapi setakat ini terdapat dua ekstrim dalam mendampingi isu dan tema yang diketengahkan.
Akhir kata, maafkan hamba jika menyinggung para pembaca tapi semua itu adalah satu percikan kesedaran yang cuba ditimbulkan oleh penulis dalam satu wacana sastera untuk sama-sama kita fikirkan. Jikalau karya ini para pembaca sudah melompat, jauhilah diri saudara dari sastera berat yang lain. Sasterawan Negara kita sendiri, Shahnon Ahmad turut mengukir ombak besar dalam karya SHIT beliau.
Untuk melembutkan hati para pembaca budiman, penulis ingin menyajikan sebuah sajak khas untuk anak-anak Melayu zaman kosmopolitan ini hasil penulisan seniman agung Melayu- Usman Awang.
Indahnya sastera melayu mengulit zaman yang maju.
Selamat membaca.
KURANG AJAR
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.
-Usman Awang-
"Ultimately, literature is nothing but carpentry. With both you are working with reality, a material just as hard as wood"
-Gabriel Garcia Marquez, pemenang anugerah Nobel-
"Decadence is a difficult word to use since it has become little more than a term of abuse applied by critics to anything they do not yet understand or which seems to differ from their moral concepts"
-Ernest Hemingway, bapa sastera Moden dunia-

3 comments:
[quote]
Akhir kata, maafkan hamba jika menyinggung para pembaca tapi semua itu adalah satu percikan kesedaran yang cuba ditimbulkan oleh penulis dalam satu wacana sastera untuk sama-sama kita fikirkan.[/quote]
itu satu kutukan ditujukan kepada student2 utp including urself. bajet chix sexy tu baca & peduli ke? bajet budak2 dota/cs ambik kisah ke? in the end org luar yg baca & bertanggapan negatif pada budak2 utp sdgkan apa yg blogger war2kan hanyalah berlaku pada julat yg kecil.
Assalamualaikum wrt wbkt...
Saudara mempunyai daya pemikiran yang bagus, inilah sepatutnya menjadi contoh kepada pelajar-pelajar IPT diluar sana. Cuma dalam kita menulis dan berbicara, adab-adab tertentu perlu dijaga agar tidak melukakan hati insan lain. Memang benar, jiwa muda berdarah panas. Situasi tersebut memang perlu terutamanya apabila berhadapan dengan keadaan tertentu misalnya Islam dihina, maruah dipijak-pijak. Namun apa keadaan pun, pertimbangan akal yang waras masih jadi keutamaan. TERUSKAN MENULIS DAN SAMPAIKAN IDEA SAUDARA DENGAN PENUH HIKMAH...
First of all, I must say that I didn't understand much from what you wrote in the post. So you must forgive me if what I am about to comment seems a little off the topic.
1. I realised that you were speaking of Bahasa Melayu, which has recently been changed to Bahasa Malaysia. Personally I think that is a good move. The language is spoken by vast majority of Malaysians and thus belongs to the nation, not just to one particular race.
2. You mentioned that Bahasa Melayu is a beautiful language, complete with its special proverbs and sayings. I agree with your opinion with the exception that your style of writing does not represent what Bahasa Melayu is (which now explains why I hardly understood what you wrote).
Languages that are growing and thriving are languages of knowledge. Examples include Latin and the most recent English and Chinese. Innovators will name their creations in their language of choice and the whole world has to use the chosen words. Eg: "computer". Another example are plants that are discovered are usually named by the person who discovered the plants.
So our nation has to start being leaders and innovators, if we wish to see new words in Bahasa Melayu. Language of knowledge will always grow.
3. If you spend your waking hours thinking of whether you are conquered one way or another, then you are the one who is conquered in your mind. History places an important part of our lives, so road names etc should stay as they are. Eg: Macalister Rd in Penang.
To put all your energy preventing "colonialism" is the same as being colonised. You are still paying them too much attention.
Isn't it far better to just move on with your lives and develop a culture that is uniquely yours? In essence, embrace all that is Malay, Chinese, Indian, Portugese, Peranakan etc and stop thinking that the West is conspiring against you. I think the West is too busy designing new things. That's why they keep coming up with new technology and we are still stuck debating what is right/wrong, who is more holy/better/more authenticly Malaysian or Malay or whatever.
Do not for a moment think that you can therefore put on a white robe and wear the red checked head scarf. That isn't who you are either. If you fear being colonized by the West and you detest their presence, don't you think it is hypocritical to replace the Western culture with one that is also not Malaysian?
I think you are a smart person, one that cares for our nation. So what I am offering is merely a discourse.
I would also like to add that although I am not a Malay by race, I am very Malaysian and I speak on average of 3 languages proficiently on a daily basis including Bahasa Malaysia.
Post a Comment