Marah?Benci? Sayang?
Pilihan mana buat mu?
Ulitlah yang termanis agar indah di hati,
Singkirlah yang terpahit agar mudah diamati.
Semua itu mainan jiwa yang lara.
Betulkah ia mainan? Ataupun benar?
Selamilah jiwa nan pasti ada jawabnya.
Marah? Benci? Sayang?
Semua itu rencah hidupan,
Mewarnai hidup kita yang putih,
Kepada warna pelangi yang pesona.
Marah? Benci? Sayang?
Pilihan mana buat mu?
Jangan tertipu dengan mainan nafsu,
Takutkan nanti hati mu lesu.
Marah? Benci? Sayang?
Semua ini milik-mu bukan milik-ku,
Indah diri sebabkan jiwa,
Jiwa indah kerana iman-nya.
Oleh: Pemuda Kecamuk Jiwa @ Wan Fayhsal

0 comments:
Post a Comment