Hari pertama:
Tiba-tiba rasa diri ini kecil sangat. Mana tidaknya apabila yang hadir ke International Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) ini semuanya mempunyai pengalaman dan kelayakan yang hebat! Rasanya saya adalah antara 4 peserta termuda dalam program ini. Yang lain rata-ratanya sudah menjagkau umur 23 tahun hingga 28 tahun. Ada yang tengah ambil PHD, yang tengah selesaikan tesis dan tidak kurang juga yang sudah bekerja dengan syarikat multinasional gergasi dunia.
Begitulah gambaran awal para peserta IYEP semasa sesi interaktif antara satu sama lain. Moderator buat sesi pertama program ini ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu penulis blog Saifulislam.com yang terkenal dikalangan siswa-siswi Malaysia dalam dan luar negara. Ramai juga pelajar UIA dari pelbagai kewarganegraan. Antaranya negeri para anbiya' Palestin, Somalia, Kosova, Indonesia dan juga Malaysia sendiri. Peserta Beliz(negara kecil yang terletak berhampiran Mexico),Jepun, Amerika, Australia, dan Pakistan turut melengkapi majlis ini. Bila dapat kenal mereka melalui sesi interaktif tersebut, diri yang kecil ini perlu lebih jauh menelaah, mengkaji, dan bergerak dalam kerja-kerja aktivisme.
Teman sebilik saya namanya Jeton. Beliau dari Kosova iaitu negara bergolak di daerah Balkan(berhampiran denga Itali,Serbia dan Albania). Beliau merupakan pelajar perbandingan agama di UIA.Majoriti peserta UIA yang hadir untuk program ini turut terdiri daripada mereka yang mengikuti Kuliyyah Perbandingan Agama. Sememanganya mereka semua bukan jahil dalam isu-isu semasa apatah lagi isu agama.Berbeza dengan masyarakat kampus yang saya diami sekarang.
Jeton, Saya dan Dr.Chandra Muzaffar(Presiden JUST)
Tidak lupa juga 'musuh ketat' fundamentalis Islam di negara kita, Sisters in Islam(SIS) turut menghantar wakil feminis mereka(2 orang) untuk sesi dialog ini. Melihat perwatakan mereka memang menggambarkan semangat feminisme yang kuat . Insyaallah teringin saya hendak berborak bersama mereka bagi memahami buah fikiran anak didik Zainah Anwar ini.Salah seorang daripada mereka walaupun telah tamat pengajian dalam perbankan, masih meneruskan pengajian dalam jurusan syariah.Nampaknya SIS bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agenda mereka.
Sisters In Islam-mereka serius dalam isu dialog antara agama.
Pertemuan dengan Ustaz Hasrizal tidak kurang menariknya. Sememangnya pertemuan kami membuahkan beberapa idea dan analisa yang akan saya jadikan rujukan untuk masa mendatang. Persoalan politik, Islam dan pluralisme menjadi tajuk perbualan kami pada hari itu.
Pada sebelah malam pula kami dihidangkan dengan sebuah dokumentari yang cukup menarik bertajuk Peace, Propaganda and The Promised Land. Fokus dokumentari ini ialah kepada media barat dalam mencorak pandangan rakyat Amerika terhadap konflik Palestin-Israel.
Hari Kedua:
Hari ini Karen Armstrong hadir untuk sampaikan ceramah beliau. Sememangnya beliau seorang ahli akademik yang tepat dalam menyampaikan mesej 'bridging the gap between East and West' Selepas sesi fotografi bersama, Presiden JUST, Dr.Chandra Muzaffa pula menyampaikan ceramahnya. Saya sempat bertanyakan tentang idea 'Clash of Civilization' yang ditonjolkan oleh Samuel Huntington bahawasanya adakah idea itu menunjukkan realiti yang bakal berlaku(idea tersebut lahir awal 90-an dan tersebar luas pada tahun 2000 dengan penerbitan buku dengan tajuk yang sama) ataupun dilahirkan semata-mata sebagai pretext (alasan awal) untuk melancarkan perang terhadap Islam?
Karen Armstong hadir dengan memberi inspirasi kepada peserta IYEP
Mengikut pandangan Dr.Chandra, konflik tidak pernah berlaku atas sebab 'clash of civilization' (pertempuran antara tamadun) tetapi yang berlaku ialah 'clash of interest' (pertempuran antara kehendak). Maknanya disini, dalam sejarah manusia, sebarang peperangan dan perbalahan bukanlah disebabkan agama mahupun tamadun tetapi kerana kehendak dan misi masing-masing. Ada logiknya jika difikir begitu kerana saya percaya penaklukan Melaka oleh Portugis bukanlah diletakkan atas agenda agama sebagai faktor utama tetapi kehendak material dan kekayaan di Melaka. Secara tidak langsung, Raja Portugal pada waktu itu mempergunakan api agama Kristian yang membara dikalangan rakyatnya ketika itu untuk dijadikan kuda tunggangan buat nafsu materialistik dirinya. Kiranya, api Perang Salib yang membara dikalangan rakyat Portugal telah dijadikan alat dan sebab kolonialisme. Sudah tentu tentera-tentera Kristian Portugal berasa bangga kerana dapat menyahut syiar Perang Salib dengan memusnahkan tamadun Islam di Melaka tanpa disedari sebenarnya mereka dipergunakan oleh keluarga diraja yang materialistik.
Pada sebelah petang kami dibawa melawat ke rumah-rumah ibadat. Kuil Hindu, Tokong Budha, Gereja Kristian dan Masjid Putrajaya. Satu insiden yang memalukan buat kami peserta Muslim mencacatkan lawatan tersebut. Untuk kupasan lanjut sila rujuk blog Ustaz Hasrizal.
Peserta serius mendengar penerangan ritual agama Hindu.
Apa yang saya dapat teliti pada hari ini ialah para peserta makin serasi antara satu sama lain dan mula menampakkan identiti dan diri mereka yang sebenar. Ini semua menandakan perdebatan dan diskusi yang sihat bakal berlaku. Ternyata ianya berlaku dalam setiap bengkel yang dijalankan dan hampir semua daripada kami akan terus memanjangkan diskusi tentang agama,politik dan sosial walaupun sesi program untuk hari tersebut sudah tamat. Kebanyakan daripada kami berborak panjang sampai ke tengah malam.
Hari Ketiga:
Dr Irfan Khan mengaskan bahawa syarat utama sebelum 'inter-faith dialog' dapat diadakan ialah penganut agama masing-masing perlu memastikan 'intra-faith'-nya dalam keadaan baik. Maknanya pemahaman dan pengamalan tentang agama sendiri perlu sempurna dahulu.Logiknya, untuk memastikan tidak hadir kekeliruan yang bakal timbul kelak dalam 'inter-faith dialog' yang disertai. Saya setuju dengan pandangan beliau tetapi itu tidak bermakna golongan seperti Sisters In Islam yang mengaku 'memahami' Islam boleh mewakili suara orang Islam dalam berdialog antara agama.Sudah tentu pandagan orang bukan Islam akan bertambah rosak apabila orang bukan ahlinya memperjelaskan tentang Islam.Inilah salah satu perkara yang saya risau jikalau orang Islam yang masih tidak faham dan tidak sempurna praktikalnya tentang Islam, menjadi wakil kepada Islam dalam dialog antara agama.
Dr. Jim Kenny merupakan antara rakyat Amerika yang sudah lama berkecimpung dalam dunia dialog antara agama. Ceramah beliau betul-betul membuatkan diri saya ini bertindak agak kurang bijak (emosi kot?) kerana ghairah mempertahankan konsep pluralisma dalam Islam. Saya mempersoalkan idea Dr.Jim dengan berhujah bahawa mustahil Islam dapat diletakkan sama aras dengan agama-agama lainkerana Islam bukan sekadar kepercayaan kepada Allah,iatu aspek spiritual sahaja tetapi menjagkaui sistem politk, ekonomi dan segala jenis macam perkara dalam kehidupan ini.
Saya juga mempersoalkan bahawa jikalau orang Islam cuba menerima global values(nilai universal) yang sememangnya didominasi oleh modernisasi barat, maka Islam akan rosak dan usaha intra-faith tidak akan berjaya kerana orang Islam sendiri telah hilang dan memperlekehkan tradisi Islam yang banyak kontradiksinya dengan global values. Global values yang cuba diperkatakan oleh Dr.Jim itu ialah titik persamaan yang dikongsi bersama oleh semua agama seperti nilai-nilai jujur,amanah dan sebagainya. Itu betul dan saya sokong seratu peratus, tapi realiti masyarakat kita pada hari ini melihat global values itu ialah apa yang dicorak oleh arus globalisasi budaya yang berkiblatkan Barat.
Jikalau orang Islam yang liberal terhadap hukum hakam Islam dan anak-anak muda kita yang sudah sebati dengan norma hidup masyarakat moden yang condong ke arah Barat diterima pakai atas nama global values, dimana kita mahu letakkan Islam dalam perkara ini? Adakah dengan berpeluk cium dikhalayak ramai itu baik bagi orang Islam kerana perbuatan itu ialah sebahagian daripada global values yang melambangkan rasa kasih sayang antara kekasih? Hatta pasangan yang sudah berkahwin pun ditegah melakukan aksi mesra yang melampau dikhalayak ramai inikan pula anak-anak muda kita yang kurang didikan agamanya. Jikalau global values yang diterima pakai oleh agama lain inilah yang cuba kita pukul rata pada orang Islam, tidakkah itu dinamakan mencemari ajaran Islam?
Saya faham apa yang cuba disampaikan oleh Dr.Jim, tetapi bagi orang Islam yang tidak memahami Islam itu Kaffah(sempurna,menyeluruh), tidak mungkin mereka tidak akan terperangkap dalam konsep pluralisme agama dan global values yang cuba ditonjolkan ini. Persoalan yang saya cuba sampaikan pada Dr.Jim pada waktu itu mungkin kurang jelas dan mengundang salah faham kepada para peserta lain tetapi itulah yang saya risaukan.
Hari Terakhir:
Dr.Kamar Oniah, pensyarah dari Kuliyyah Perbandingan Agama UIA menyampaikan ceramah dan harapan beliau kepada kami. Ramai diantara kami yang tersentuh hati mendengar kisah perjuangan beliau dalam menyemarakkan program dialog antara agama diserata dunia.
Saya juga sungguh sedih kerana hari ini hari terakhir dapat bersama-sama dengan sahabat baik saya Diaa dan Muslim, dua pemuda Palestin yang menjadi teman intelektual yang juga berkongsi fikrah(pemikiran) yang sama sepanjang program ini.Alhamdulillah, saya kira ini bukan merupakan pertemuan terakhir kami. Saya bercadang untuk membawa mereka berdua ke kampus untuk berkongsi cerita tentang konflik Israel-Palestin. Kebetulan mereka berdua ialah Presiden dan Naib Presiden Al-Aqsa's Friends, antara persatuan pelajar yang aktif di UIA.
Banyak perkara yang saya perolehi sepanjang program ini terutamanya berkaitan networking. Saya berpeluang bertemu denga Ustaz Hasrizal, Abang Azril yang juga merupakan Naib Presiden ABIM dan tidak lupa juga sahabat-sahabat yang datang dari pelbagai negara.Insyaallah, kami akan cuba bawa inspirasi program ini kepada khalayak ramai bagi mendekatkan jurang salah faham antara agama dengan penuh hikmah.
Muslim Brotherhood-dari kiri:Saya, Ali(Nigeria),Naveed(USA),dan Muslim(Palestin)
Umat Islam memerlukan pendokong bagi kerja-kerja sebegini kerana sudah terlampau ramai orang bukan Islam yang mengambil serius masalah umat manusia sejagat. Adakah kita hanya berpeluk tubuh melihat pengaruh dan pandangan mereka diterima pakai begitu sahaja tanpa kita sendiri meletakkan Islam sebagai jalan penyelesaian? Itulah yang saya fikirkan sepanjang program tersebut jikalau usaha dialog antara agama ini tidak diambil serius oreh orang Islam. Disamping itu juga, saya semakin sedar betapa pentingnya dialog antara agama ini dijalankan oleh orang yang ahlinya mengikut acuan yang betul terutamnya di negara kita ini.Jika kita gagal, haru birulah pemikiran orang bukan Islam terhadap Islam dan ini hanya memburukkan perpaduan antara kaum yang kita ada pada hari ini.
Untuk rujukan lanjut boleh lawati blog Saifulislam.com. Klik disini(1), sini(2) dan sini(3).

4 comments:
salaam fayshal, it's good to be reading (y)our experience during the unforgettable IYEP! The sincere and earnest feelings of sharing and discussing at length our views and values felt positively surreal, that i almost shed a tear..Hope to keep in touch with you bro, till then!
salam fayshal,
kalau boleh i would like to speak out in english. i present myself better.
well to start off, it was nice meeting you at the IYEP conference. there were little uproars here and there over your comments and over discussion at the dinner table. i would suggest that you don't take it to heart instead take it in stride and find that there is a reason for those unsatisfied voices coming from within the participants. i believe a way to look at it is not how people misunderstood ur arguments instead of how you probably misunderstood urself. find not others' errors before we acknowledge our own.
though i have been a skeptic on Sisters in Islams work throughout time, i don't think we have the absolute right to say that their works are wrong all in all in the eyes of the religion. yes, they may be supporters of feminisme and human rights according to the western dictionaries..but that doesn't mean that they don't have the interest of the religion at heart. if you don't agree with them, don't support them. but not until you really listen personally to their side of the story should you dish their believes and their work. people might stray from the right path sometimes..most of the time! but by dishing them and critisizing them it makes no help. they'll refuse to listen to you even more. and who is to say that they weren't mis-quoted in the malaysian media. you know how editing works in this country.
i wish there were more discussions between us as i think on general we have a lot of similarities i.e being malaysian, malay and muslims and of the same age as u kindly stated to me before..but at the same time having different approach on our believes and the believes of others.
i would like to ask you though, how do you think you will be able to disseminate and inculcate all that we have been lucky enough to learn at the conference to the muslims in Malaysia. particularly the Malay Muslims who are well known to be more of those who stick by tradition instead of questioning the purpose of faith. that they are concerned more on your face value rather than your faith in God. as it was nicely stated by one participant of the programme that " today, we are more concerned over the religion than God himself" that we tend to jihad in the name of Islam instead for fighting in the name of God. that we forget God doesn't condone violence.
why are we so afraid of losing people of the religion (Islam)..do we not believe that our religion is strong enough for the true believers? let hypocrites be hypocrites. God doesn't need them. why fight on a lost cause. Islam is all about nurturing, and no one should be taken lightly just because they don't practice the religion through and through. at least they still do. we just pray they finally come through.
and one more thought. what you said about following suit the traditions and the morals of the west, concept of pluralism and all..i think that the whole discussion deserves a wider approach than to look at it in ways whereby Muslims would be adopting the norms of kissing in public and hugging and what nots.it's actually about coming together as humans to retain humanity. what is haram shall remain haram to the Muslims, but what is similar i.e good values should be shared. Respect is i believe the most important key mentioned by all speakers at the event. we should think when discussing this issue that it could bring good to Islam..showcasing the greatness of the religion to the world. letting them realize by themselves what greater morals we practice instead of wasting our time finding holes in which we think Islam will not survive.
well, i guess i've expressed myself long enough. you are free to disagree as i don't hold myself an expert in religion but i do have strong faith in God and i am trying to nurture myself without putting any pressure whatsoever.
again, nice knowing you. and i do hope it won't stop here. there's always something to learn from each other. do keep in touch.
Akhi Fayhsal,
Ana tak dapat nak postkan komen tentang layan buruk ke masjid tu.Errorr wordpress. Harap anta dapat pastekan komen ini ke web beliau nanti.
=================
Assalamu alaikum warahmatullah,
Peristiwa ini amat menyedihkan dan memedihkan hati semua umat Islam. Dlm berat bebannya kita memanjangkan jangkauan dakwah, masih ada yang menganggap kerjanya di masjid terbatas pada birokrasi dan waktu pejabat. Lebih menyedihkan lagi ia dibuat atas nama 'hukum' Islam.
Semalam saya juga berargumentasi dengan seorang pakar kaunseling yang cuba memberi gambaran kepada peserta kursus bahawa pendekatan ustaz2/"org agama" kita tidak dapat lebih memikat dari para paderi. Dlm hati kecil saya, memang ada kebenarannya apa yg beliau kata. Tapi bile mengenangkan para sahabat yang bertungkus lumus mengorbankan masa peribadi dan keluarga untuk mengubah imej ini, dan telah pun sampai ke tahap yang memberangsangkan, saya dengan berat hati terpaksa menyanggah kata-kata beliau. Tujuan saya adalah agar beliau tidak termasuk dalam elemen yang mencipta imej negatif terhadap golongan agama sepertimana yang dilakukan oleh para oportunist politik yang membuat andaian2 buruk tentang para pemuka agama dan membina opini negatif di mata masyarakat, Kalau beliau bercakap demikian di hadapan semua peserta terdiri dari ustaz2 saya akan setuju.
Kejadian yg antum alami memang amat memilukan kerana ia ikut mereka imej positif yg sedang dibina dengan susah payah oleh para penggerak dakwah. Sebahagian mereka adalah para imam muda yang berfikiran lebih realistik dan memberi ruang yang sangat luas untuk masyarakat yang non-muslim yang mendapat gambaran yang keliru dari sumber non-muslim juga. Kejadian di atas seperti mengesahkan andaian mereka.
Untuk mengukuhkan hujah betapa imam2 muda begitu komited mengubah imej ini, ana ingin memberi contoh semasa ana menjadi imam di sebuah masjid di negeri Sarawak. Banyak lawatan non-muslim telah dirancang oleh sahabat yang berada dipelbagai insitusi dan kebanyakannya di hujung minggu ( hari cuti lah kononnya!). Kedatangan mereka amat menguja kami. Kedatangan mengejut pun kami terima dengan menjemput mereka ke masjid dengan menerangkan kepada mereka adab masuk masjid. Mereka bukan hanya ingin melihat keindahan seni binanya. Mereka ingin mengetahui bagaimana masjid memainkan peranan signifikannya dalam pembentukan akidah dan tamadun umat.
Adakalanya mereka di sambut dengan duduk santai di laman masjid yang agak terbuka. Minat mereka adakalanya menjangkau lebih jauh lagi ingin merasa bagaimana orang Islam solat. Kami beri izin kepada mereka untuk sujud dengan cara seperti orang Islam. Ramai yang dengan kagum memberitahu 'Phoooh ... what a relief !" Sejuknya rasa hati kita mendengarnya. Kita telah menyampaikan risalah Alah. Kami susuli dengan doa agar mereka diberi hidayah.
Sekali lagi, ya Ustaz, ana merasa amat pedih di hati membaca paparan yang amat bertolak kebelakang yang antum alami di masjid itu.
Namun ana percaya, hikmahnya adalah Allah yang sebenarnya menegur kita tentang betapa masih teledornya kita dalam melebarkan sayap dakwah kita sehingga berlakunya insiden seperti ini. Ia mungkin lebih baik daripada kita memberi gambaran tentang betapa cantiknya layanan sesebuah masjid terpilih, lakonan layanan telah diatur begitu artificial, padahal hakikatnya masjid2 laindi sekelilingnya mungkin masih mengamalkan pendekatan reverse .
Just to add to widaad's contribution to the discussion, I'd also like to mention the importance of empathy, in every sense of the word, when dealing with issues that concern humanity as a whole. From the angle of spirituality, those who chose a path should learn to also see from the point of view of others of a different one, and try their best to lose the Ego. By Ego here, I'm referring to an ethnocentric view of the universe that maintains the idea that the world revolves around 'Us', and those who are different are absolutely alien from 'Us'. The 'Us' and 'Them' perception is a marginalizing barrier that prevents us from cooperating more sincerely in achieving a greater good. Ikhlas (sincerity)is an integral concept for Muslims, be it in the rites of worship and even in our day-to-day lives.
Let's ask ourselves, how pure are we if we come out of our houses to meet others not like us, only to harbor a secret revulsion, distrust, cynicism and even hatred for the 'other' party, yet at face value we appear, if at all, to 'tolerate' each other's presence?
The biggest Jihad is in fact the battle with one's inner self for its purification from the domination of lust and negative, destructive tendencies. Only when liberated do we achieve the best of ourselves as HUMAN BEINGS, which I believe to be the sacred aim of my chosen path, Islam, and even other different paths that seek for the Absolute Truth.
Post a Comment